Saturday 12 March 2011

UJIAN DAN DUGAAN

KETULUSAN HATI-MARSHANDA
Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon
Ya Allah ridhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu ya Allah
Ya Allah ridhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu ya Allah


Bermacam2 dugaan yang kita semua terima.. Dugaan yang datang adalah untuk menguji sama ada kita mampu untuk bertahan atau pun mengalah...  Ujian dan Dugaan yang Allah berikan adalah sebagai tanda sayangNya kepada kita.. 


Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Sudah menjadi lumrah sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan...
note: Maka dari itu, bersabarlah kita dengan menerima segala ujian dan dugaan yang Allah berikan..Jgn mudah berputus asa, kerana di setiap ujian dan dugaan itu, terselit sebuah kebahagiaan yang tak dapat kita bayangkan.. Wallahualam..
Sekian.. Salam..

Thursday 10 March 2011

Salam Ukhwah....

Asssalamualaikum....
Akhirnya tercapai jugak nak cipta sebuah blog peribadi disamping memberi idea-idea yang berguna kepada semua, InsyaAllah.. Ok, sebelum ni Tqah cipta dah blog tp ada beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, so, Tqah terpaksa delete blog tersebut..Knp delete?? biarlah rahsia.. hehe.. 


Then, pada yang melawat laman Tqah ni, sila2 la ye.. Follow la skali.. Alhamdulillah, Tqah akan ceriakan blog Tqah ni.. InsyaAllah... 

Sekian,
Salam....