Program Delegasi UMP-UPSI telah dijayakan selama 3 ari 2 malam di UMP, UMP Pekan, Pantai Sepat dan berakhir di Teluk Cempedak selepas menawan Bukit Pelindung selama beberapa jam.. ;)
09.04.11 (Sabtu)
7.00 pg
aktiviti dimulakan dengan senaman pagi iaitu senamrobik.. smua anggota hadir dan berkumpul mengikut tahap masing2.. dan para jurulatih turut bersama di belakang skuad masing2.. masa yang diambil adlh lebih kurang sejam dan semua orang kelihatan sgt gembira walaupn still malu2 nk tegur antara 1 sama lain.. hehe.. best sgt, Instructor yang dtg best, senamrobik yang dijalankan x terlalu rumit n semua boleh buat.. ;-)
9.00 pg
semua anggota bergerak ke UMP Pekan utk 'Majlis Bicara Suksis UMP-UPSI'.. Tapi Tqah xde kt ctu time 2, sbb Tqah kne uruskan acara sukaneka di Pantai Sepat bersama AJK2 yang lain.. :-)
2.30 ptg
kesemua anggota Suksis UMP-UPSI tiba di Pantai Sepat utk acara sukaneka dan Bbq pada malamnya.. Alhamdulillah, acara sukaneka yang dijalankan adalah berjalan dgn lancar n sperti yang dirancangkan, cuma kekangan masa telah myebabkan acara2 sukaneka yang selebihnya dibatalkan. Tapi Tqah tgk smua berpuas hati n happy dgn setiap acara yang dijalankan.. Dan dari sini kita dpt memperkukuhkan hubungan antara Suksis UMP-UPSI.. sbb?? sbb setiap acara yang dijalankan adalah mengikut kumpulan dan setiap kumpulan yang telah diwujudkan adalah gabungan diantara anggota Suksis UMP dan Suksis UPSI.. ;-)
8.45 malam
acara diteruskan dgn Bbq pada malamnya.. ni yng paling best sbb ada karaoke yang telah disumbangkan oleh anggota Suksis UMP dan UPSI sendiri n x lupa jugak pd kehormat2 n para Jurulatih.. Menu utk Bbq best.. Antara nya ialah Nasi Goreng, Ayam Bakar, Ikan Bakar, Air asam, Sosej dan lain2 yng memerlukan tenaga kerja ynag ramai utk menjayakannya.. Alhamdulillah, makan malam pd ari 2 nmpak sgt permuafakatan nya.. smua bersatu utk menjadikan acara malam 2 PERFECT!! :-) hehe.. xlupa jugak juadah yang telah disediakan oleh Isteri kpd Tuan Ismail (kitorg pggl Mak B), beliau sediakan rojak buah yang terdiri drpd mcm2 jenis buah. Antaranya; Jambu Batu, Nenas, Tembikai dan lain2.. sedap o0oo sbb Mak B sediakan kuah rojak nye skali.. pedas nye, pergh, terus ingt umah.. hehe.. :-) lastly, mlm 2 berakhir dgn gotong royong membersihkan tempat yang telah kami sewa 2.. hehe.. then, balik.. bersiap utk hari esok plak.. :-)
10.04.11 (AHAD)
8.00pg
Semua anggota Suksis bergerak ke Bukit Pelindung. acara seterusnya ialah mendaki Bukit Pelindung yng tembus ke Teluk Cempedak mengikut laluan yang telah ditetapkan iaitu skuad wanita dan skuad lelaki di laluan yang berbeza. Laluan skuad lelaki lebih mencabar n mengambil masa yang agak lama iaitu 3jam ke 3 jam stengah, manakala skuad wanita mengambil masa dalam 2jam setengah. best sgt sbb sblm ni penah g Teluk Cempedak, xtau plak de Bukit Pelindung disebaliknya.. hehe.. best!!
Acara selesai di situ n sme bergerak balik dalam pukul 2lebih.. :-)
4.00 ptg
anggota Suksis UPSI bersiap sedia utk pulang. AJK dari UMP telah menyediakan 'goodies' utk dirg sbg kenangan. Sesungguhnya, utk merapatkan lagi hubungan diantara Suksis UMP-UPSI adalah dgn mewujudkan program2 sperti ini.. Thanks to all yang menjayakan program ni, terutama nya para AJK yang bertungkus lumus utk mmbuatkan program ini berjalan dgn lancar.. Disini, sy bagi pihak Suksis UMP ingin memohon maaf andai terkasar bahasa or ada perbuatan yang menjengkelkan pihak Suksis UPSI.. maaf ye, InsyaAllah, utk masa akan dtg, sy berharap kita dapat bekerjasama lg..
Lots of LOVE;