Tuesday, 23 October 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha~ :)


Assalamulaikum.. holla~~  ;)

Di petang yang hening nih.. bla...bla..bla.. huhu.. tinggallah aku seorang diri! Alhamdulillah masih lg di beri peluang utk bernafas, melakukan tanggungjawab utk semua.. hye kwn2~ ^^, lama xupdate blog.. huhu.. kejap je kn? ari 2 baru je Aidilfitri, selang bape ari ag, muncul AidilAdha plak.. hehe.. cepat btl masa tu berlalu.. 

okeh, sempena ari raya korban yang tinggal bpe ari je ag ni, utk tatapan semua.. ilmu ni pn utk diri ini jugak~ sharing is caring.. :)

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: 


"Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)


Allah berfirman yang bermaksud: "Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan." (Surah Al-Haj, ayat 37) 


Firman Allah yang bermaksud: "Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika mereka mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu! Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa." (Surah al-Maidah, ayat 27) 


alahai, tahun lpas utk raya korban, sy dh ber'korban' dh utk seseorg.. utk thun ni, kne plak ber'korban' utk diri sendiri.. hai lah UMP.. npe la xwt cuti raya aji skali dgn mid sem.. sedap sikit nk cuti.. ni x, cuti ry bpe ari je, study balik 2 minggu pas2 cuti balik.. waa~ tau x rumah sy jauh nunnnnn... uhuk3~ xlarat nk balik bnyak kali.. so, i decide, raya umah mak sedara yang tercinta jela.. nnti mid sem, sy 'raya' btl2.. cheq xkira.. muahaha... mak ayah n se'family' sekalian, harap bersabar la ye..  ekeke..




okeh, di kesempatan ini, sy ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha.. Semoga Allah pelihara kita di mana jua.. kepada insan2 di mana ahli keluarga mereka sedang menjalani ibadah haji, sama2 kita doakan semoga Allah merahmati mereka dan beroleh haji mabrur, insyaAllah.. balik kampung, ingat yang tersayang, hati2 dlm perjalanan, jgn ingt seronok nk balik je.. 




1 ag, makan ketupat ke, kueh raya ke, ingt org sama, jgn ingat tekak sendiri je.. ekeke.. (jeles nih) :( mohon maaf andai ada slh silap sy sepanjang perkenalan kita.. ececeh.. 0-0 ah.. ^_^ selamatlah beraya la hai~ dh balik kampung, jgn lupa balik U plak eh.. huhu.. selamat menambahkan berat badan anda sekalian.. wakaka...




sekian, wassalam..

No comments: