Sebulan berpuasa, alhamdulillah, dgn izin dari allah, kita semua dpt meraikan sekali lagi Aidilfitri bersama2 keluarga, rakan2 serta saudara seislam..
Dari dalam diri ini sendri, sepanjang bulan ramadhan yang telah berlalu, banyak perkara yang terjadi, dan setiap yang terjadi jugak ada hikmah nya, setiap yang berlaku adalah bersebab.. Syukur, Allah masih sayangkan diri ini dan masih memberikan peluang utk menebus kembali kesilapan serta dapat memuhasabah semula diri ini..
Ya Allah, terima kasih utk segala-galanya.. Aku redha dan menerimanya dgn hati yang terbuka.. Hanya 1 pinta ku, andai itu yang Kau tentukan utk diri ku, andai itu yang perlu aku terima utk kebaikan ku, Kau kekalkan lah apa yang telah Kau berikan pada ku.. Janganlah Kau rampas Ia kembali..
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui" (QS. 2 :216)
Aidilfitri kali ini disambut dgn serba sederhana tetapi meriah.. dgn keadaan tok yang xberapa sihat, kami hya dpt meraikan di rumah sahaja.. Memikirkan byk lg bnda nk wt utk mjlis nikah Pak Teh n bakal Mak Teh kelak, raya ni di sambut biasa2 sj.. =D
Okeh, cte lain plak.. Time2 raya ni jgak la Pak Teh ayu nikah.. dpt org Kelantan, dekat dgn Bukit Bunga, hehe.. Klu g umah Mak Teh, bley la slalu shopping kat ctu, kn3??? :)
Mlm utk akad nikah 2, lpas solat isyak la, masjid dipenuhi dgn sanak saudara kedua2 belah mempelai, n turut disertai dgn 2 pasang pengantin lagi.. Time akad nikah 2 de la jd something ble Tok Kadi nk 'shake hand' dgn Pak Teh, sekali tu ok dh, tp tok kadi xpuas hati sbb yng lagi 2 org pgntin tu lafaz 2kali.. so, nk bg sama rata, Tok Kadi kata wt lg skali la.. Utk kali kedua 2, Pak Teh plak wt silap plak, nafas xtarik abih.. hehe ^_^ then, Tok Kadi terpaksa akad skali lg, n kali ni btl2 jadi.. ngee~~ Tok Kadi kata '3 Kali Hilal lafaz, A+...' hoho... selesai sudah nikah nya, lengkaplah panggilan suami isteri utk Pak Teh dan Mak Teh.. Tahniah utk Pak Teh n Mak Teh.. Semoga berbahagia selamanya dan di kurniakan anak2 yng soleh dan solehah...
Mjlis bersanding di Kelantan dan Perak bersambung di ruangan akan datang ye~~ =)
Hati punah, Perasaan menjadi hancur.. Ya Allah, ini lah pengakhirannya...
04 Aug 2011
<....Kita Putus...>'
Terasa gelap segalanya.. Ya Allah, adakah ini yang Kau tetapkan utk hubungan hambaMu ini?? Kau ciptakan kesakitan utkku tiga sekaligus... Disaat aku sakit dan aku memerlukan dia, Kau tunjukkan 'jalan mati' buatku.. Perkataan yang xdpt aku berkata apa2... PUTUS... Ya Allah, tiada kah perkataan lain selain itu yang perlu dia ungkapkan pada waktu aku begini??
Emosi dan nafsu amarah tidak dapat lg mengawal diri ini...
<......Tau x, sbb Buya ayah langsung xnk pandang muka Ummie, apatah lg nk bercakap,. tersentuh hati ni bila ayah buat macam 2.. sme sbb Buya!! knp mudah nk kata PUTUS??? nk sgt ke?? okeh, kita PUTUS!....>
(Ya Allah, knp dia jd mcm ni?? knp dia jadi keras sebegini?? adakah benar aku tidak diperlukan dlm hidup nya?? adakah ini titik pengakhirannya?? Ya Allah, aku akur dan pasrah dgn ketentuanMu)
07 Aug 2011
Keadaan aku bertambah teruk apabila badan ku menjadi smakin panas dan setiap 15 minit aku akan ke 'toilet' utk muntah.. Ya Allah, peritnya nk menanggung smua ni.. Mak cakap aku demam.. mgkin disebabkan lauk berbuka yang aku makan semalam namun ahli keluarga ku yang lain tak pula jadi macam diri ku..
'Perut second hand kot Long, hehe...' (Mak, kata2 mak xmenghiburkan diri ini walaupun sikit..)
'Sbb ubat yang ayu makan 2 x?? kan ayu dh gtau ayu xbley makan ubat, hmmm...'
'Khairul xmsg ke?? x tya khabar berita??' (Mak, Kami dh putus. :-( Dan smpai hari ni, dia xanta msg pn kat Ayu mak, xpujuk pn...)
'Nnti dia msg la 2 Mak, bia la, kalau dia msg pn, Ayu xlrt nk reply'
'Mak terasa dgn msg yang dia bg kat mak.. kot la dia nk tel mak, nk pujuk bagi elok.. tp xpela, nama pn Lelaki, ego tinggi..'
02 Aug 2011
(Msg dari Mak kpd dia)
<..... Salam, terima kasih anta msg kemarin.. jauh lagi perjalanan ayu dan khairul.. mak cik nak Ayu tumpu pada pelajaran, anggaplah ayu kawan biasa2 je, jangan tanya kenapa dan mengapa.. mak cik sentiasa bersangka baik dgn khairul dan family khairul, berilah Ayu ruang... Maafkan mak cik....>
'Mak, npe mak ckp mcm 2 kat dia??'
'Mak sbg mak long, mak xnak tgk ayu ngs lg sbb dia.. Dulu mcm2 dia wt kat ayu, ckp putus lah, apa lah.. mak xnk dia mcm 2, skurang2nya, kurangkan ego dia.. Ayu 2 lembut, org boleh pijak kepala.. Ni baru kwn, esok kalau kawen mcm mana??'
(Msg dari dia kpd Mak)
<...... Salam alaik mak cik, saya dgr ckp mak cik k.. mmg panjang ag masa.. nk blajar kan?? sy pn blajar..xda ganggu pn, still dapat Anugerah Dekan jugak.. bkn sebab study yang menjadi masalah, tp pasal mak cik pandang serong pada Tabligh.. sy just ikut yang baik2, nak kuar ni saya fikir dulu.. ramai budak2 yang ada ilmu agama dgn balajar dari sini..bkn nak jadi terus mcm budak2 skarang.. saya mintak maaf wat mak cik terasa dgn saya.. saya xlayak kwn dgn n dok dgn family mak cik yang imannya terlalu teguh, kuat solat, tau dh smua syariat, saya apa pn tataw. kan?? saya xkwn dgn ayu lg, puas hati mak cik kan??......>
(Ya Allah, knp la dia ckp mcm ni kat Mak?? Berikan aku petunjuk... apa yang patut aku buat Ya Allah... Aku sayangkan dia tp aku lebih sayangkan keluarga ku)
'Khairul, kalau saya terpaksa pilih antara awak ataupn Keluarga saya, saya tetap akan pilih Keluarga saya walau mcm mana sekalipn.. Maafkan saya.. Keluarga saya adalah segalanya bagi saya walaupun saya sayangkan awak..'
08 Aug 2011
'Long, nk g klinik ke nk g hospital, check darah tgk, kot2 kena demam denggi ke ape ke.. ye??'
'Xyah tipu.. ni demam sbb keracunan ke, sbb denggi ke atau pn sbb putus cinta nih?? :-)'
'Mak nih, kesitu plak.. hmmm, malas nk fikir, bia la.. nk melayan sakit ni dulu..'
09 Aug 2011
6 Missed calls?? From Khairul.. hmm..
<....Salam, npe tel??...>
<....Salam Alaik..Xda pa, cuma nak tanya pasal hak yang dulu milik dia tp skarang dah x.. bila nk pulangkan??...>
(Ya Allah, dia msg mcm 2 je?? tak ada perasaan kah dia???)
<.....Esok ayah pos kan.. arini xsempat.....> (Ya Allah, aku demam sebelum ni, xde pn dia tya aku shat ke apa ke..hmmm)
<....Saya bg cara elok, tp dia nak bagi cara pos.. cm 2 ke??...>
<....Nnti saya bagi, tp saya wakilkan mak saya k....> (Ya Allah, aku xsnggup berhadapan dgnnya lagi, aku xkuat Ya Allah..)
<....Xpayah la, saya xnk ada kaitan dgn org yang bnci diri saya ni! ckup lah, dgn apa yag dh jadi..dh puas istiqarah, memang Allah xjodohkan kita, xda sekalipn rupa dia keluar.. tapi ada yang lain yang lebih sesuai, saya nampak.. InsyaAllah, saya akan memilki dia.. awk pos je, hilang ke ape ke tanggungjawab awk utk gantikan.. salam.....>
Ya Allah, bagai tersungkur aku di tanah, bagai direntap hati ini Ya Allah...Aku pasrah Ya Allah.. :'-(
<.... Janji dan sumpah yang Nur Atiqah penah wt dan wujudkan utk Muhammad Khairul Shazwan dah lenyap apabila khairul shazwan minta semula hak nya(cincin) supaya dipulangkan.. Ya Allah, jatuh hati ni tersentap..tambah2 pulak bila dia kata dia istiqarah xnampak wajah nur atiqah.. hancur lebur perasaan ini hanya Allah saja yang tau..So, khairul, pliz buangkan semua msg yang pernah sy bagi, setelah hak awk dipulangkan, saya bersumpah yang saya tidak akan ganggu hidup awk lg.. saya rasa peritnya Sakinah apabila kita permainkan hatinya, n betapa kasihannya pada arwah tengok kita macam ni.. Syukran, tiada lg nur atiqah utk khairul shazwan.. Salam Alaik!.....>
10 Aug 2011
Ya Allah, selesai sudah aku pulangkan hak yang bukan menjadi milikku lagi.. Ternyata dia bukan utkku.. Namun, aku bersyukur, setiap kebaikan dari dia aku peroleh dan setiap keburukan yang dia ada aku ambil utk dijadikan pengajaran.. Begitu juga aku mengharapkan dalam hidupnya.. apa yang baik dalam diri ku, dia jadikan itu sbg 1 kekuatan utk dirinya dan segala kekurangan diriku, aku harapkan dia ambil ikhtibar darinya..
Ya Allah, terima kasih kerana memberi peluang utk diri ku mengenali insan yang seperti nya.. Ya, aku akui, aku xkan dapat sifat baik yang ada dalam diri nya pada lelaki lain yang bakal menjadi suamiku kelak.. namun, akan aku suntikkan kebaikan itu utk aku meneruskan kehidupan ku pada masa akan dtg..
Ya Allah, jauhi lah diriku dari bayangan diri nya, kerana ini yang telah Engkau takdirkan utk diriku.. Jadikan aku insan yang boleh menerima hakikat bahawa dia bukan lagi utkku..
Ya Allah, aku mohon dan aku berdoa semoga dia dapat jodoh yang lebih baik dari sebelum ini.. Semoga dia dapat lupakan diri ku dan kekalkan sifat2 soleh yang ada dalam diri nya...
Khairul Shazwan, 2 tahun kita bersama, dan di sini berakhirnya cinta kita, ketuilah bahawa aku gembira mengenali mu.. terima kasih utk segalanya.. dan aku terima, kita tiada jodoh.. jaga diri dan semoga berjaya di mana sj kau berada.. hanya itu yang aku mampu ucapkan pada mu.. syukran...
Bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti2kan semua umat Islam di mana pada bulan ini lah dapat menguji kita untuk menahan lapar dan dahaga.. bulan ini lah peluang utk kita membuat ibadat dan meningkatkan iman kita sbg umat islam dan pada bulan ini lah kita ingin membuat kebajikan dan mengharapkan segala amalan kita diterima Allah, insyaAllah..
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”
Alhamdulillah, kita semua telah diberikan sekali lagi peluang pada tahun ini utk bersama2 mengerjakan ibadah puasa yang memberikan banyak makna kepada kita.. Maka, ambillah peluang kawan2 ku, kita buat lah ibadah sebanyak yang mungkin dan berdoa agar setiap amalan kita ini diterima Allah..
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Kelebihan dalam mengerjakan Solat sunat Tarawih :
Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf diBaitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
~~ InsyaAllah, dgn setiap amalan yang telah kita lakukan, harapnya amalan ini diterima oleh Allah.. dan lakukanlah dgn niat seikhlas hati.. jgn ponteng puasa ye.. hehe.. :D
'Syg, maafkan abg... Abg wt sme 2 bersebab..maafkan Abuya..'
'X semudah 2 awak.. awk dah sakitkan hati sy, hati family sy..ckup la k, anggap je kita xde jodoh'
'Syg, pliz..syg semangat abg.. abg buat smua 2 sbb abg sakit..' 'Sakit?? sakit apa??' 'Sakit lama abg dtg balik'
Ya Allah, knp Kau berikan ujian ini kpd ku?? Ya Allah, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.. Aku dh mula terbiasa tnpa diri mu Alkhair.. Aku dh mula terima hakikat bahawa kau bkn untuk ku... Aku dh mula mengosongkan hati ini keranamu..
Knp kau kembali?? Knp kau pujuk rayu aku??
Ya Allah, dugaan apakah ini?? Ya Allah, ujian apakah kali ini??
'Syg, maafkan abg ye.. Abg sayang n cinta syg sgt3.. pliz, maafkan abg, abg tersilap.. Abg xnk nyusahkan syg sbnarnya, tp Abg xtau akan meleret smpai mcm ni.. Abg dh lukai CHENTA abg.. Maafkan abg ye syg' 'Akan difikirkan ye, sy xnk berharap sgt lpas ni.. maafkan sy..dgn apa yng dh jd, sy xtau nk letak hubungan ni dimana..Biar kita tenangkan hati dan fikiran masing2 dlu k..'
Ya Allah, adakah aku harus menerima nya semula setelah apa yang dia lakukan kpd ku?
'Syg, utk ari 2, abg bkn xnk minum air yg syg bg.. tp time 2 abg rs nk muntah, mual..xtau npe, mgkin sbb sakit abg ni.. dan ari 2 abg xbermaksud nak kata mcm2 kat Syg, tp abg mmg xlarat sgt.. sbb abg sayang CHENTA ati abg ni la abg gagahkan sakit ni dtg, amik syg sbb abg xnk syg hampa.. maafkan abg ye' 'Dh 2, knp xnk gtau syg?? hmm?? knp nk sembunyi2??' 'Sbb abg xnk risaukan syg abg ni, maafkan abg ye'
Mesej2 yang dia kirimkan pd ku, aku baca semula, mencari ketenangan di situ..
29 Dec '10"Salam alaik sygku, abg mnyintaimu sepenuh air telaga zam2 yg xpernah2 kering dan surut"(Ya Allah, haruskah aku menerimanya semula??)
Ya Allah, aku sayang dia.. Andai tercipta jodoh aku utk dia, aku terima.. dan andai dia bukan utk aku, aku terima qada dan qadar dariMu Ya Allah..
17 Feb '11"Umie xkan tinggalkan pokok yang sedang membesar..skit ari lagi berbunga dan akan berbuah.. Buya tggu saat 2"
25 Feb '11"Umie, yakinlah.. setiap kali ku tadah tangan berdoa, jari ku teringatkan jarimu, jd berdoa lah setiap hari, setiap solatmu.. pcya pd jodoh dan pcya pd Allah, andai kau tercipta utk ku, aku terima mu sepenuh hatiku.."
Ya Allah, berikan ku petunjuk dariMu..
12 Jul '11"Alkhair, akan ku jaga diri mu, akan ku belai setiap ilmu yang kau berikan kpd ku, akan ku peluk hatimu yng dikurniakan oleh Allah utk diriku..Ketahuilah bahawa aku mnyintaimu, kerana agama yang ada pada mu, kerana teguhnya iman dlm dirimu.. hanya dirimu yang aku harapkan.. tggulah diriku alkhair, bersabar dan berdoalah agar diriku dpt berubah kearah kebaikan"
Air mata ku segera turun dgn laju.. Ya Allah, adakah jodohku dgn dia??
Ya Allah, knp aku harus tinggalkan dia? Jika dia membawa byk kebaikan kpd diriku dgn restu dariMu.. Ya Allah, knp aku harus tinggalkan dia? Sekiranya dia benar cintakan diri ku dan utk terus berada di jalanMu..
'Knp anta msg pe yang sy penah bg kat awk dlu??' 'Sbb abg cintakan syg dan mahu kita mcm dlu.. maafkan abg..'
'Bang, dh ye.. Allah nk duga kita, kekuatan cinta kita, Allah nk lihat sama ada kita dpt mnjadi pasangan yng setia ataupn x.. bersabar la ye.. Syg ok.. :)' 'Syukran syg... Ana uhibbuki'
Ya Allah, jika aku utk nya, kuatkan lah jodoh kami.. kuatkan lah semangat kami utk terus bertahan dalam arus dunia yang bergelora..ku mohon Ya Allah, andai aku jodoh utk nya, semaikan hubungan kami dgn kasih sayanh kami yang tidak berbelah bagi kpd Mu.. Syukran Ya Allah.. Amin..
"Bang, nk air??? (tgn menghulurkan minuman pd dia, namun dia hanya menggeleng tanda xmahu) 'Npe plak hnsme ni??marah aku ke?? "Bang, btl xnk ni?? nah la, rs skit, ye.. (cuba senyum pd dia, namun hampa, senyumann kelat yang dibalasnya..) "xpela, nk minum bekas syg pn xnk dh"
(ati ku tersentuh dgn perlakuan dia mcm 2, seolah2 aku memaksanya melayan kerenahku) Lalu, perjalanan ke rumah mnjadi suram, bungkam dan diam seribu bahasa.. dgn keadaan jalan yang jem teruk sbb time balik keje, aku diam, diam dan diam.. xberkata apa2 pn, termasuk dia.. Dia cuba memujuk tapi memujuk dlm keadaan yang terpaksa.. Mcm2 perkara yng muncul di benak fikiran ku ini.. bila teringatkan kembali :
07 July 2011-11:04PM
"Umi, tau x ayah kata apa?? klu sesorg itu menghampiri ZINA, dosanya sama macam berzina, dh klu kita mnghampiri zina pn berdosa, sme la mcm kita berzina.. buya takut.."
Bunyi hon mematikan lamunanku.. Ya Allah, adakah aku yang membawanya ke jalan yng tidak benar?? Jgn uji diri ku mcm ni Ya Allah.. Aku cuba menenangkan hati ku semula.. dan cuba utk berbual dgn nya..
"Bang, kita g mkn kat luar ye,lpas 2 baru kita balik, k.." Aku cuba senyum mgikut kemampuanku... dia berbicara "Awat? Lapaq sgt ke?? balik makan kat rumah la, xyah mkn kat luar, pkul bpe dh, lambat sampai nnti"
(aku terus membungkam, tanda xpuas ati, ati ku berkata, smlm ckp lain, arini ckp lain.. erm) Tiba2 dia bersuara
"Ni ada gak nk dtg amik syg, ada gak jmpa ni"
(Ya Allah, tamparan hebat buat diriku.. Lidah ku menjadi kelu, dh xboleh nk kata apa2.. dan disaat 2 juga, air mata ku laju merembes.. Ya Allah, tahankan lah jiwa ku, sbarkanlah ati ku Ya Allah.. Abg, adakah abg terpaksa amik syg sdangkan abg yang beria2 nk amik syg?? Tak suka kah abg berjumpa dgn syg wlupn sekejap?? Knp wajah ang yang dahulunya tenang bila ada dgn syg bertukar mnjadi suram pd hari ni?? adakah kehadiran syg dlm hidup abg mmbuatkan abg mengabaikan tanggungjawab abg kpd Allah?? Adakah syg penyebab terdorongnnya abg kpd zina??)
"Sayangggg.... Yang... xnk la ngs, dh ye, xnk ngs... yang sensitif sgt ni knp?? dh2, lap air mata 2.. ye.." (abg mne tau sakit ati nih.. abg yng bg sakit, cm ne nk bg pulih dlm sekelip mata, ingt syg ni pe??)
Air mataku seakan2 mengerti benar ttg perasaan yang tersangat sakit pd waktu 2 sehingga kan dh nk smpai umah pn, air mataku masih lg mengalir..
"Bang, kita g tempat lain dlu, pliz.." (mata ku melihat dia smbil meminta simpati nya utk meneruskan perjalanan.. aku xnk Mak Ayah tgk aku dlm keadaan mcm ni..)
"Bang, pliz bang"
"wt pe nk g tmpat lain, dh2, xyah..dh smpai pn.. xnmpak pn syg ngs"
Smpai nya aku di dpn rumah, aku cuba sembunyikan air mataku, namun, adik bongsu ku dpt membaca ati ku, dgn pantas aku terdengar dia berkata
"Mak, Kak Long nangis"..
Aku cpt2 lap air mata yang seakan2 tidak mahu berhenti.. Ya Allah, Keraskan ati ku utk seketika.. aku xnk tunjuk kelemahanku pd Mak dan Ayah..
"Kak Long, knp hang nangis??" "Mne de Kak Long ngs, mata Kak Long sakit" "alah, tipu, kalau mata sakit, hidung merah knp?? Hidung sakit sekali ke??" "Aah la, selsema.. hehe..dh2, g amik beg Kak Long bwk msuk"
(Ya Allah, tabahkan ati ku, harap2 mak xnmpak mke aku yng teruk mcm nih.. Msuk nya aku ke dapur, Mak berkata
"Adik ckp kamu ngs, knp?? gatai??" "Mana de mak, kwn ayu td, buh eye liner kat mata ayu, ayu nk buang, kesat skit, 2 yang smpai pedih2 mata nih, nk bwk kuar xbley.." (logik x eh aku ckp cm 2.. em, mak, maaf kan ayu sbb tipu mak.. biar lah dulu)
Usai solat, makan bersama, borak sebentar sebelum dia balik, aku cuba mncari diri nya yang dulu, yang sntiasa xcited utk memndang diriku, namun, hampa.. sedang dia berbual dgn Mak, aku curi2 pandang raut wajahnya.. Tiada raut ceria di muka nya.. yang nmpak hya senyuman terpaksa.. Ya Allah, knp jd mcm ni??
Sebelum dia pulang,
"Bang, nah, bagi kat mak dan ni utk Abg dari syg.. Kirim salam utk sme ye.. Syg mintak maaf kalau syg de slh tp Abg lain sgt ari ni, xmcm dulu..Bang, kalau abg xnk syg, syg trima.. amik cincin ni balik ye bang.."
"yang merepek ni knp?? buang cincin 2 dri jari, tgk la nk wt pe.."
"yela, g la balik.. jaga diri k.. Assalamualaikum.."
Pulangnya dia, episod duka tidak abih disitu sj.. bkn mudah utk melupakan apa yang dia wt utk ku hari ni.. Sangka ku, aku akan tidur dibuai mimpi selepas bertemu dgn nya wlaupn seketika.. Sangka ku, Aku akan terasa bahagia yang tiada penghujungnya..
"kita putus la sng, dh xtahan mcm ni"
"mcm ni ke nk wt bini kalau perangai sensitif negatif xkna tempat?"
Bang,
Mata itu, yang seringkali bersinar utk diri ini, perasaan cinta dan kasih syang yang membuak2 dahulunya tiada lg..
Tiada lg sinar cahaya mata itu..
Bang,
Pandangan mata itu..
pandangan mata yang suci itu tiada lg utk ku.. bkn setakat pandang, jeling pn dh xda utk wanita ini.. Pandangan yang ada utk ku hanya lah pndangan sinis dan suram.. adakah itu yng patut aku dapat??
Bang,
senyuman itu..
Senyuman yang dlu nya terlalu manis utkku tiba2 menjadi suram.. tersentuh hati ku melihat diri mu yang seolah2 tiada perasaan lg utk ku..
Bang,
Perkataan keramat itu,
perkataan keramat yang selalu kau ucapkn padaku dlu..
sehinggakan kau tidak pernah penat menyebut perkataan I LOVE U, SAYANG..
skarang?? sebutir perkataan pn kau tidak sebut utk diri ku..
Ya Allah, adakah ini ptunjuk di mana hubungan aku dgn dia bakal berakhir?? Ya Allah, andai dia bukan utkku, aku terima..
Ya Allah, terima kasih utk segala nya..
Terima kasih sbb pertemukan aku dgn dia walaupn sementara..
Terima kasih sbb pertemukan aku dgn insan sebaik dia..
Terima kasih utk segalanya..
Aku pasrah dgn ketentuan Mu Ya Allah..
Syukran... Aku doakan kau bahagia dgn pilihan mua Ya Alkhair... Semoga berjaya dlm hidup mu kelak dan semoga ada harapan yang mnyinari hidupmu tnpa diri ku yang khilaf ini..
Tiada lg insan yang mnjaga mu dlm shat dan skitmu,
Tiada lg insan yang sentiasa ada dgn mu di saat duka dan suka mu,
Tiada lg insan yang akan mendengar setiap permasalhanmu..
dan, Tiada lg insan ini yang akan membuai mu dan mengejutkan mu dari tidur..
Terima kasih kerana menerima diri ini shingga kau mnjadi bosan dgn nya..
Setiap apa yang kau ajarkan pd ku, xkn ku lupa.. Terima kasih..
Alhamdulillah selamat sampai semula ke UMP selepas menghadiri Majlis Pertauliahan KOR Suksis IPTA 2011 yang berlangsung di UTM, Skudai.. Jauh berjalan, dari UMP ke UPM menghadiri Majlis menyambut menantu Tuan Mustapha yg diadakan di Dewan besar UPM..
mke riang je.. hoho~~
1st time pakai baju korporat g kenduri kahwin.. then, diperhatikan oleh org awam n mybe diorg pn heran, rombongan dari mana la ni kn?? smpai de kwn cakap, 'Kak Tqah, kita ni mcm anak yatim yang slalu g knduri 2 je, beratur nk amik bunga telur' ngee~ spe ckp 2?? hoho..
mjlis kwen anak Tuan Mustapha..
ske baby.. huhu...
Usai dari Majlis sambut menantu, KOR Suksis UMP bergerak ke Johor Bharu sebelum menghadiri Majlis Pertauliahan KOR Suksis IPTA 2011 di UTM, Skudai pada keesokkan ari nya.. ;)
Xyah pnjang2 cte la ye, spe yang g mjlis 2 mesti de rasa suasana kat sana mcm mana.. ngee~ Dan secara peribadi, bermual nya mjlis tersebut, diri ini rs mcm turut serta sekali dgn senior2 yng bakal ditauliahkan..
bakal2 insp KS
ni pn..bakal jgk.. hehe..
Pertama kali mnjejakkan kaki ke UTM, Skudai adalah apabila Tqah sekeluarga menghadiri Majlis Pertauliahan PALAPES Pak Lang Tqah yg pada msa 2 mnjadi penuntut di UTM Skudai..
Apa yang Tqah rs dulu dan sekarang adalah sama, getaran dalam hati nya tetap sama, cuma apbila dh dewasa ni, rasa mcm 'Wah, xsbarnya nk tauliah, nk jd cm senior2 yang lain, nk jd mcm Pak Lang dulu' ^_^
Padang yang sama, majlis yang sama mmbuatkan ati Tqah jd sebak tiba2.. dan berfikir betapa bangga nya Mak Ayah mereka smua tengok pertauliahan ni.. ni baru tauliah KOR Suksis, akan datang, tauliah untuk Ijazah plak.. Kegembiraan berganda.. :)
Bermula dari perkataan pertama yang dikeluarkan oleh ketua perbarisan tersebut, bulu roma tegak je berdiri.. hehe.. kesian kat abg 2, suara smpai xde dah dok jerit bg arahan, sdangkan Tqah nk bg arahan kat skuad pn xlepas.. huhu..
Lepas 2, bermula nya baris masuk padang, sampai henti seiring dgn alunan skuad pancaragam bagi memeriahkan lagi majlis.. Diikuti dgn acara tabik hormat kpd Komandan KOR Suksis UTM, kawad kehormatan, ucapan dari Komandan KOR Suksis UTM, dan selingan pertunjukan dari udara.. Akhir sekali, perbarisan keluar baris dan menuju ke Dewan Utama UTM untuk sesi pertauliahan..
antara senior yang ditauliahkan.. ;)
tuan Nazri.. senyum je.. ^_^
Alhamdulillah, selesai semua dan senior2 sudah bergelar Inspektor KS.. Tahniah ye Tuan dan Puan sekalian kerana menyemai 3 tahun dalam KOR Suksis dan inilah hasilnya.. Meriah sgt.. Usai dari 2, kami yang junior ni pn bertolak balik ke UMP..ngee~
UTM, Skudai mnjadi kenangan.. =)
riang ria.. =)
Tqah ble ye?? agak2 sempat or x??? hehe ^_^
*yang baik jdkan pengajaran dan yang buruk jdkan sempadan ( apa yang dirncang pd awlnya tidak semestinya akan mnjadi, take note that after this jgn terlalu berharap sgt dh, keputusan bley berubah2.. ngee~~ slamat beramal.. )
maaf ye, gmbar peribadi, ngee~~ then, Tqah mintak kebenaran amik gmbar acara 2 ye.. thank you.. :)
Dalam keheningan malam ni, terdetik di hati untuk membaca sejarah2 Islam dahulu kala, ntah apa angin nya, tapi ati ni terasa sgt nak membaca segala2nya tentang sejarah dan peristiwa dalam Islam... Dan terdetik utk mengulang kembali pembacaan tentang Peristiwa Isra' dan Mikraj.. Ya Allah, kecilnya hambaMu ini.....
"Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkahi di sekelilingnya. Untuk kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda kekuasaan kami. Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha mengetahui". (Q.S. Al-Isra: 1)
Sebagai Mukadimah nya, Isra Mikraj adalah dua bahagian dari perjalanan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam waktu satu malam saja. Dalam Isra, Nabi Muhammad s.a.w “diberangkatkan” oleh Allah SWT dari Masjidil Haram hingga Masjidil Aqsa. Lalu dalam Mikraj Nabi Muhammad SAW dinaikkan ke langit sampai ke Sidratul Muntaha yang merupakan tempat tertinggi. Di sini Beliau mendapat perintah langsung dari Allah SWT untuk menunaikan salat lima waktu.
Melalui pembacaan tentang peristiwa Isra' dan Mikraj ni, banyak yang kita dapat sebagai pengajaran dan berubahlah serta berbaliklah kpd agama semula.. Melalui peristiwa ini lah solat lima waktu diwajibkan keatas semua umat Islam.. Dan melalui peristiwa ini lah kita dpt lihat azab yang bakal kita lalui jika kita melakukan perkara yng dilarang dalam islam.. Antaranya:
'Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikaan dilakukan berkali-kali' Jibrail memberitahu: "Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang)"
'Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.' Kata Jibrail: "Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka"
'Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.' Kata Jibrail: "Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami."
'Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.' Kata Jibrail: "Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya."
'Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.' Kata Jibrail: "Itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang."
Untuk renungan: Kita selalu mengabaikan akhirat dgn mengejar dunia, dan menganggap dunia 2 adalah 'SYURGA' kita. tak sedarkah kita bahawa AKHIRAT lah dunia kita kelak??
Kita selalu menitiskan air mata untuk perkara2 yang remeh temeh dan menangis apabila hati kecil kita terguris, namun sedarkah kita berapa kali kita menangis apabila kita melakukan maksiat kepada Allah?? berapa kali mata kita menitiskan air mata kerana memikirkan takutnya mati dan adakah sempat untuk kita bertaubat sebelum kita mati??
Pengajaran untuk diri sendiri juga, bahawa diri ini terlalu kecil dihadapan Allah, terasa begitu banyaknya dosa kpd Allah, ntah sempat ataupn tidak diri ini bertaubat padaNya, adakah segala amalan diri ini diterima oleh Allah ataupn tidak.. Bila teringatkan azab yang bakal dilalui kelak, Ya Allah, mampukah diri ini menghadapinya sedangkan panas matahari pn kita x sanggup menahannya apatah lagi azab Allah..
~~Ya Allah, terlalu kecil nya aku padaMu, hina nya diri ku utk Mu Ya Allah~~
Semoga kita mendapat ikhtibar dari peristiwa ni ye, dan berubah la selagi ada waktu.. Allah menerima taubat hambaNya...
NAFSU mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya,
AKAL mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya,
HATI mengatakan wanita cantil atas dasar akhlaknya,
Dan IMAN mengatakan wanita cantik atas dasar agamanya..
Impian Hidup~ Inginkan kehidupan yang aman, perubahan diri yang lebih baik dari sebelumnya, dan kebahagiaan dunia dan akhirat..